Sunday, 29 May 2016

BLOG YANG SAYA MINATI

Banyak blog yang saya minati kerana blog blog tersebut
berkongsi banyak input yang membantu saya dari segi
pengetahuan am dan pelbagai benda kreatif yang dan unik
yang terjadi disetiap pelosok dunia . Salah satu nya adalah
blog 'OH! BULAN' (http://www.ohbulan.com/)

Blog ini menyebarkan pelbagai input yang berguna dan
bermanfaat untuk pembaca . Blog ini bukan sahaja
berkongsi cerita didalam negara bahkan berita berita dari
luar negara juga turut dikongsi bersama . Antara kategori
yang saya minati ialah kategori "PELIK' , 'KELAKAR' ,
'UNIK' dan 'FILEM ANTARABANGSA"

Antara post yang saya gemari





CIRI - CIRI BLOG YANG MENARIK

Mempunyai sebuah blog yang disukai pengunjung adalah kebanggaan tersendiri bagi seorang blogger. Kerana memang kesenangan utama seorang blogger adalah ketika blog miliknya banyak pengunjung dan tentunya juga disukai oleh mereka.

1.ISI KANDUNG KANDUNGAN YANG BAGUS

Isi kandungan yang bagus dalam sesuatu post mampu menarik minat pembaca untuk terus mengunjungi blog yang kita buat . Isi atau konten yang bagus hendaklah mengikuti minat masyarakat dari semasa ke semasa . Dari segi teknikal yang mampu menarik minat pembaca ialah dengan penggunaan video atau audio yang mampu menaikkan keceriaan blog

2.DESIGN YANG MENARIK

Dari segi visual , blog haruslah dapat menarik minat pembaca kerana blog yang cantik, ceria dan canggih mampu menarik minat optikal pembaca . Jangan terlalu banyak 'widget' yang mampu menyerabutkan mata pembaca. Cukuplah sekadar SIMPLE is MORE

3.ARTIKEL YANG BERKUALITI

Kebanyakan blog mempunyai post - post yang tidak berkualiti . Kadang-kadang hanya menceritakan hanya tentang diri sendiri dan kehidupan seharian yang tidak mampu memotivasikan sesuatu individu . Artikel yang berkualiti contoh artikel yang menceritakan tentang alam sekitar , atau segala benda yang mampu memupuk motivasi diri untuk menjadi orang yang berguna